Ekonomi

Keuntungan suku keempat melonjak kepada RM28 juta

 

SHAH ALAM 25 FEB. – Leon Fuat Bhd (Leon Fuat atau Kumpulan),merekodkan pertumbuhan 61.8 peratus keuntungan selepas cukai iaitu RM29.09 juta berbanding RM17.98 juta bagi tempoh yang sama 2021.
Leon Fuat merupakan pengilang dan pedagang produk keluli, mengkhusus di dalam produk rata dan panjang bergulung
Kumpulan turut menyatakan bahawa untuk suku tahunan yang dikaji, perolehan meningkat sebanyak 27.8 peratus kepada RM254.21 juta berbanding RM198.96 juta pada tempoh yang sama manakala keuntungan sebelum cukai, mencatat pertambahan sebanyak 106.5 peratus kepada RM38.61 juta berbanding RM18.70 juta.
Pengarah Eksekutif, Calvin Ooi Shang How berkata, “Prestasi kewangan Kumpulan bagi suku tahunan yang dikaji disokong oleh perolehan lebih besar margin keuntungan bersih lebih baik dipacu oleh purata jualan lebih tinggi di dalam kedua-dua dagangan dan pemprosesan produk keluli. Bagi tempoh kewangan secara keseluruhan, perolehan juga disokong oleh purata keseluruhan harga jualan yang lebih tinggi, menghasilkan keseluruhan margin keuntungan kasar keseluruhan yang lebih baik.’’ Katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Leon Fuat dalam laporan menyatakan dari segi segmen, perolehan daripada dagangan produk keluli mencatatkan pertambahan sebanyak 26.5 peratus kepada RM81.95 juta sementara perolehan daripada pemprosesan produk keluli mencatatkan kenaikan 28.4 peratus kepada RM172.18 juta.
Manakala sumbangan segmen dagangan kepada perolehan adalah 32.2 peratus pada suku keempat 2021 berbanding 32.6 peratus bagi tempoh sama pada tahun kewangan 2020 manakala sumbangan segmen pemprosesan adalah 67.7 peratus berbanding 67.4 peratus pada suku keempat 2020.
Mengulas lanjut Shang Ooi berkata, Kumpulan mengekalkan pandangan berwaspada bagi 2022 terhadap risiko buruk daripada kelembapan pertumbuhan ekonomi ketika COVID-19 terus merebak di seluruh dunia, menenggelamkan sokongan polisi dan bekalan yang tersekat secara berterusan.
“Sementara ekonomi Malaysia dijangka tumbuh sebanyak 5.5 peratus hingga 6.5 peratus dipacu oleh permintaan luar yang berterusan dan perbelanjaan sektor swasta, kami menyatakan kebimbangan terhadap varian baharu virus, inflasi dan tekanan kewangan yang boleh menjejaskan pemulihan ekonomi’’, katanya lagi.
Syarikat akan terus memantau pergerakan harga keluli kerana menjangkakan kemeruapan harga komoditi disebabkan faktor-faktor global.
Pemantauan pihaknya juga akan berterusan terhadap mata wang asing sementara merunding kontrak hadapan di mana yang perlu dan mengadakan pengurusan inventori yang cermat.
“Kumpulan akan terus secara aktif menangani kebimbangan terhadap COVID-19 dengan mematuhi ketat prosedur operasi standard dan menyediakan pasukan tindakan kecemasan di tiga subsidiari utama kami’’, katanya lagi.

(Visited 76 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button