AgamaJenayahNasional

Pengikut, ketua ajaran sesat SiHulk cuba kuasai masjid di New Zealand

Pengikut ajaran sesat SiHulk dan ketuanya, Suhaini Muhammad dikatakan cuba menguasai sebuah masjid di New Zealand bagi menyebarkan fahaman mereka. Menurut sumber keselamatan, bagaimanapun cubaan mereka itu tidak disenangi penduduk tempatan di sana.

“Malah bagi meneruskan kelangsungan hidup di sana, mereka juga mendaftar perniagaan dengan nama Society Of Islamic Holiticism Universal Linkage Knowledge (SiHulk) pada 12 Jun lalu.

“Mereka membuka perniagaan itu untuk meneruskan penjualan air SiHulk selepas kilang di Johor, ditutup,” katanya.

Menurut sumber, selain itu ada juga yang bekerja memetik buah untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Mereka melarikan diri ke New Zealand sejak Mac lalu secara berperingkat-peringkat dengan menggunakan pas lawatan sosial yang perlu diperbaharui tiga bulan sekali.

“Malah, lebih banyak kecaman diterima itu akan digunakan oleh mereka untuk memohon suaka di negara terbabit,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro mendedahkan dianggarkan 150 pengikut ajaran sesat SiHulk kini berada di New Zealand bersama-sama Ketua ajaran itu, Suhaini.

Sumber keselamatan bagaimanapun memaklumkan, jumlah sebenar pengikut ajaran itu yang masih berada di negara ini tidak diketahui.

Antara penyelewengan ajaran sesat itu ialah mendakwa Nabi Muhammad SAW sebagai Tuhan.

Selain itu, mereka mendakwa Nabi Muhammad SAW tidak mempunyai jantina, menafsir sendiri sebuah hadis dengan menyatakan baginda tiada kemaluan dan sebagainya.

Malah, mereka kini dipercayai cuba mendapatkan permohonan suaka dari Kerajaan New Zealand dengan menggunakan alasan diancam rakyat di negara ini. – SM

BACA Pengasas ajaran sesat Hadi Minallah usap & peluk wanita di Langkawi

BACA Ajaran Si Hulk diwartakan menyeleweng dan bertentangan dengan akidah sejak 2021

(Visited 183 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button