Luar Negara

Ketagihan arak, 3 maut minum cecair pensanitasi tangan

GARA-GARA ketagihan arak, tiga individu meninggal dunia setelah meminum cecair pensanitasi tangan sebagai ganti minuman keras dalam satu kejadian di New Mexico, Amerika Syarikat (AS).

Selain tiga yang maut, tiga lagi mangsa berada dalam keadaan kritikal manakala seorang lagi disahkan buta, lapor portal The Detroit News.


Menurut Jabatan Kesihatan New Mexico semalam, ketujuh-tujuh individu gelandangan itu dipercayai bertindak minum cecair pensanitasi tangan yang mengandungi metanol kerana ketagihan arak.

Pihak berkuasa berkata, golongan gelandangan di kawasan itu sering menyalah guna cecair pembasmi kuman serta beberapa produk lain sebagai alternative kepada minuman beralkohol.

Menurut laporan itu lagi, Jabatan Kesihatan telah mengeluarkan amaran bahawa penyalahgunaan cecair pensanitasi tangan yang mengandungi metanol boleh mengakibatkan keracunan serius yang mengancam nyawa.

Tambahnya, penyalahgunaan alkohol dan metanol boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang selain risiko buta serta kematian. – SM

 

(Visited 176 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button