NasionalParlimen

Salah sukat perkhidmatan jalur lebar guna mobile phone

BEAUFORT tampil lagi dengan soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini apabila Ahli Parlimen (BERSATU), Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata, 87.55 peratus peningkatan disebut Menteri Komunikasi dan Multimedia, namun apa yang kita lihat, realiti di Sabah, dalam pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen pun masih bermasalah.

“Permasalahan ini saya rasa perlu kementerian untuk mengetahuinya dengan lebih jelas daripada kami dan saya ingin bertanya, apakah pendekatan kementerian untuk mengenal pasti kawasan-kawasan luar bandar yang masih tidak mempunyai rangkaian internet atau no connection atau lemah, kawasan kampung yang jauh dari Kawasan bandar,” soal beliau.

Annuar berkata, sebenarnya masih ramai di kalangan pengguna yang belum begitu memahami bagaimanakah perkhidmatan telekomunikasi itu diadakan dan bagaimanakah pulamereka boleh mendapat perkhidmatan sebaik mungkin.

Kerana perkhidmatan membekalkan telekomunikasi atau internet itu, ada beberapa kaedahnya, jelas Annuar.

“Sebab itu dari sudut perancangan kerajaan di bawah program Jendela Fasa Satu dan Fasa Dua, kita menyukat dari sudut proses pelaksanaan, kerajaan sukatan yang kita buat ialah ketersambungn untuk mencapai tahap 100 peratus ketersambungan yang disukat berdasarkan kepada kawasan berpenduduk.

“Dalam perancangan kita menjelang tahun 2025 baru kita boleh capai 100 peratus connectivity bagi semua kawasan berpenduduk.

“Sekarang ini kita mencapai tahap lebih kurang 96.7 peratus, ada tiga peratus berbaki kawasan-kawasan yang sukar dihubungi yang kita terpaksa gunakan pelbagai teknologi alternatif termasuklah satelit.

“Kemudian sifat bagaimana perkhidmatan diberi juga berbeza. Banyak orang awam, dia menyukat dengan menggunakan mobile phone.

“Mobile satu kaedah tetapi apabila dia berada di dalam satu bangunan, sepatutnya ada kaedah-kaedah lain dan peranti-peranti yang perlu dipasang di dalam bangunan yang kebanyakannya orang kita tidak menggunakan kaedah-kaedah untuk dalam bangunan. Dia menyukar berdasarkan perkhidmatan dalam mobile.

“Experience mobile phone yang digunakan untuk bergerak dengan dalam bangunan itu, satu situasi yang berbeza.

“Namun begitu secara keseluruhannya, matlamat kita ialah menjelang 2025, 100 peratus connectivity, 9 juta premis untuk dibekalkan perkhidmatan dengan menggunakan gentian optik supaya kualitinya lebih tinggi.

“Sekarang kita capai 7.5 juta  dan juga mencapai speed 100Mbps dengan sebahagiannya pelaksanaan 5G dan meluaskan liputan jalur lebar kepada 100 peratus Kawasan berpenduduk di seluruh negara,” kata Annuar. – SM

(Visited 141 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button