Nasional

Janda dicekup bersekedudukan dengan pasangan bukan Islam

SEORANG janda beranak satu dicekup bersama dengan seorang lelaki bukan Islam di Taman Wira, Mergong, Alor Setar malam tadi.

Memetik laporan Harian Metro, lelaki berusia 29 tahun itu memberi alasan datang ke rumah janda tersebut disebabkan mahu menjaga wanita itu yang demam.

Dalam serbuan oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) pukul11.40 malam tadi, lelaki berusia 29 tahun itu ditemui berada dalam rumah wanita berusia 31 tahun itu..

Turut berada dalam rumah itu ketika serbuan ialah seorang kanak-kanak berusia lima tahun dipercayai anak wanita itu.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, serbuan dilakukan anggotanya hasil maklumat awam.

Katanya, ketika disoal, pasangan itu gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri menyebabkan wanita itu ditahan kerana disyaki berkhalwat.

“Lelaki itu bagaimanapun tidak ditahan kerana bukan Islam dan hanya diambil keterangan. Wanita itu ditahan kerana disyaki berkhalwat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014,” katanya

(Visited 777 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button