Uncategorized

Ketua Pemuda Amanah meninggal dunia akibat Covid-19

Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin meninggal dunia akibat Covid-19 hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh Amanah dalam media sosial rasminya sebentar tadi.

“Mohon doa dan sokongan daripada semua agar keluarga beliau kuat lalui ujian ini,” kata Setiausaha Pemuda Amanah ‘Asim ‘Abdullah.

Shazni menghembuskan nafas terakhir hari ini selepas berjuang melawan jangkitan Covid-19.

Beliau dilaporkan mengalami simptom Covid-19 sejak 19 Julai lalu dan dilaporkan berada di tahap empat pada 24 Julai.

Beliau kemudian ditidurkan pada 1 Ogos selepas keadaannya mencapai tahap lima. Allahyarham yang juga ketua Pemuda PH meninggalkan tiga orang anak dan seorang balu.-SM

(Visited 75 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button