Politik

Kegagalan berunding dengan Selangor bukti PN gagal satukan rakyat atasi Covid-19

KEGAGALAN Kerajaan Perikatan Nasionan berunding dengan Kerajaan Selangor dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menunjukkan perti itu hahal menyatupadukan rakyat untuk melawan Covid-19.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata rakyat mahu melihat usaha bersungguh-sungguh secara bersama tanpa kira kepentingan politik untuk melawan Covid-19.

Menurutnya, pelaksanaan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menimbulkan tanda tanya apabila keputusan dibuat tanpa persetujuan dan rundingan dengan Kerajaan Negeri Selangor.

“Sungguhpun PKPB terbaru ini akan mempunyai impak negatif terhadap ekonomi bukan sahaja di peringkat negeri malah di seluruh negara, rakyat sedia berkorban sekiranya keputusan dan pelaksanaan dilakukan secara berpada, dengan pematuhan penuh SOP COVID-19 tanpa kira darjat dan tidak wujud double-standard atau antara dua darjat di kalangan Menteri.

“Sama ada keadaan dan syarat ini dipenuhi perlu diperjelaskan agar pelaksanaan PKPB dilihat semata-mata demi kepentingan awam untuk menjaga keselamatan dan kesihatan orang ramai,” tegas Guan Eng.

Semalam Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Ismail Sabri, berkata keputusan itu dibuat selepas mendengar nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata, ia juga mengambil kira peningkatan dan penularan kes yang berlaku, termasuk di Klang dan Petaling, selain pertambahan jangkitan di Gombak serta daerah lain.

Katanya, berikutan penguatkuasaan PKPB itu, pergerakan keluar masuk atau merentas daerah adalah tidak dibenarkan.

Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, beliau berkata, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

Pelaksanaan PKPB itu turut mendapat bantahan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Menurutnya, pengumuman PKPB di seluruh negeri Selangor itu agak mengejutkan.

Tambahan pula keputusan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Selangor bersama beberapa agensi terdahulu menunjukkan hanya daerah Klang, Gombak, Hulu Langat dan sebahagian Petaling mempunyai bilangan kes yang membimbangkan.-SM

 

 

(Visited 123 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button