Politik

Ketua Menteri Sabah angkat sumpah esok

TEKA-TEKI siapa yang bakal menjadi Ketua Menteri Sabah akan terjawab esok apabila majlis angkat sumpah dijadualkan di Istana Negeri pada pukul 10.30 pagi.

Perkara itu dimaklumkan oleh pihak Istana menerusi Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan Negeri Sabah dalam satu kenyataan, hari ini.

Setakat ini tidak diketahui siapakah yang bakal mengangkat sumpah jawatan itu.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berlangsung Sabtu lalu menyaksikan Gagaran Rakyat Sabah (GRS) mendapat majoriti dengan 38 kerusi sementara pakatan Warisan Plus pula 32 kerusi.

Antara calon yang disebut-sebut untuk menjadi Ketua Menteri ialah Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Bagaimanapun ada khabar angin mengatakan Yang Dipertua Negeri (TYT) menolak kedua-dua nama itu dan mahukan nama lain.

Pada masa yang sama, ada yang memberitahu, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengadakan pertemuan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari GRS malam tadi dipercayai sebagai cubaan untuk tarik sokongan.

Malah nama Mohd. Shafie turut disebut-sebut untuk kembali menjadi Ketua Menteri selain ADUN Usukan, Datuk Seri Saleh Said Keruak. – SM

(Visited 412 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button