Nasional

Covid-19: 19 kes baharu, kes aktif 295

SEBANYAK 19 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam. Tiga kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan dua warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap.

Daripada 13 kes baharu penularan di dalam negara sembilan kes adalah bukan warganegara manakala hanya empat kes adalah di kalangan warganegara Malaysia.

Kes jangkitan dalam negara di kalangan bukan warganegara melibatkan dua kes di selangor daripada kluster syarikat pembersihan.

Enam kes di Negeri Sembilan melibatkan kluster Pedas dan satu kes daripada saringan tahanan di Pusat Tahanan Sementara Tawau sebelum penghantaran pulang ke Indonesia.

Kes warganegara Malaysia pula melibatkan dua kes di Sarawak daripada kluster Kidurong. Melaka satu kes daripada saringan orang kena tuduh yang baru dimasukkan ke lokap dan Johor satu kes saringan pra pembedahan di hospital.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 10 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

“Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,156 kes atau 95.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” kata Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan.

Jumlah kes aktif ketika ini adalah sebanyak 295 kes. Sehingga kini sebanyak tiga kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini menjadikan keseluruhan kematian kekal 121 kes.-SM

(Visited 129 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button