Nasional

Kestabilan Kesihatan Awam diukur jumlah kemasukan ICU – Khairy Jamaluddin

SEMPADAN yang akan mula dibuka pada 1 April ini dijangka tidak akan memberi tekanan kepada sistem kesihatan awam, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Jelasnya, kesan pembukaan sempadan ini dapat diukur menerusi kadar kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU).

“Kita akan mula buka sempadan pada 1 April dan kita nak tengok kesan kepada pembukaan itu dan kita jangka pembukaan yang akan dibuat dengan selamat” katanya pada satu sidang media selepas menghadiri perasmian Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur, hari ini.

Bagaimanapun, beliau turut menzahir kerisauan tentang varian Covid-19 yang baharu iaitu varian Omicron yang masih mengganas.

“Ini kita masih pantau sebab kita tahu Omicron ini ada sub unit dan pakar di Kementerian Kesihatan sedang memantau.

“Kalau kita lihat negara Eropah, kadar jangkitan turun dan naik” jelasnya lagi.

Tambahan, pihaknya juga akan memantau kelonggaran yang diberikan kepada jemaah melaksanakan solat terawih sama ada kadar kemasukan ke hospital atau ICU melonjak naik atau sebaliknya.

“Itu yang saya nak lihat dalam beberapa bulan lagi sama ada keadaan itu stabil atau tidak” katanya — Bernama — SM

(Visited 206 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button