Nasional

Pertingkat kesedaran dan integriti ‘cashless society’ – Raja Muda Perlis

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan agar semua pihak memainkan peranan dalam mempertingkatkan kesedaran dan nilai integiriti dalam masyarakat tanpa tunai (cashless society).

Konsep ‘cashless society’ adalah salah satu usaha dalam mempertingkatkan keberkesanan pengurusan kewangan dalam kalangan rakyat, dalam masa sama ia juga merupakan satu cabaran ke arah mempertingkatkan lagi tahap kesedaran dan nilai integriti dalam kalangan masyarakat.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat menerima sembah mengadap Pengurusan Kanan Wilayah dan Negeri Perlis, Bank Kerjasama Rakyat dalam satu pertemuan khas perbincangan kolaborasi bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang diadakan di Dewan Kulliyah MAIPs, Behor Temak, Kangar semalam.

“Dalam hubungan ini, para penerima sumbangan misalnya, hendaklah mempunyai pengetahuan asas agar matlamat masyarakat tanpa tunai mencapai maksudnya. Selain mempermudahkan penyaluran sumbangan dilaksanakan, penggunaan akaun bank dilihat dapat menjadi kawalan dalaman ke arah menjadi pengguna bijak dalam berbelanja,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menerima menghadap Ketua Wilayah Utara Bank Rakyat, Tuan Haji Mohd Azmir Mohd Nasarudin dan Pengurus Cawangan Kangar, Tun Asrul Saini Wan Agil.

Turut bersama dalam pertemuan berkenaan ialah Pengurus Cawangan Arau,  Zuriani Abd Wahab dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim

(Visited 217 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button