Politik

Adakah PM tidak mahu tunai permintaan 7.6 juta ahli KWSP?

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diingatkan akan berhadapan kesukaran dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) jika enggan dengar rintihan rakyat.

Ini termasuklah kemungkinan kehilangan sokongan daripada 7.6 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengharapkan simpanan dapat dikeluarkan.

Hal demikian ekoran Muhyiddin dikatakan berkeras dengan permintaan rakyat terhadap pengeluaran RM10,000 Akaun 1 KWSP dan lanjutan moratorium pinjaman.

Selain itu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu juga dilihat tidak gentar dengan risiko serta syarat dikemukakan daripada pihak Bariasan Nasional (BN).

“Kumpulan ini ada 7.6 juta ahli aktif. Ahli UMNO cuma 3.5 juta sahaja. Tunggulah di PRU (Pilihan Raya Umum) nanti, kalau Perdana Menteri kekal tolak keluar one-off RM10,000 daripada Akaun 1 termasuk syarat ketat i-Sinar.

“Ini pertembungan ‘buku dengan ruas’. Jangan perlekehkan kuasa Kumpulan KWSP ini. Kumpulan ini boleh merotan.”

Kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi dalam satu kenyataan hari ini yang diterbitkan menerusi Facebooknya.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa pengeluaran RM10,000 daripada Akaun 1 KWSP dan lanjutan moratorium pinjaman diberikan.

Ia sebagai syarat untuk menyokong kelulusan Belanjawan 2021 yang turut disokong oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen BN lain.

Bagaimanapun, kerajaan sekadar memperkenalkan i-Sinar untuk mengeluarkan 10 peratus daripada Akaun 1 kepada mereka yang layak sahaja.

Sedangkan, Najib Razak bertegas semua rakyat terkesan dengan tekanan ekonomi dan penularan wabak Koronavirus (Covid-19) yang kini berada pada gelombang ketiga.

Puad dalam kenyataan sama turut memaklumkan, PN sudahpun kehilangan satu undi daripada UMNO apabila Pengerusi Jawatankuasa Penasihatnya, Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Mohd. Hamzah menolak daripada menyertai perbahasan Belanjawan 2021.

“Tinggal tiga hari lagi bajet akan diundi. Perdana Menteri kelihatan berkeras. Beliau tidak takut dengan sokongan bersyarat parti lawan apatah lagi UMNO.

“Beliau juga tidak takut pada Najib, Mahathir, Anwar, dan Zahid. Itu semua kacang pada dia. Ku Li (Tengku Razaleigh) sudah putus tidak mahu bahas bajet. Itu bermakna PN hilang satu undi.

“Perdana Menteri tidak takut pada mana mana kumpulan.

“Tetapi dia akan bertembung dengan ‘satu kumpulan’ di PRU ke-15 nanti, iaitu KWSP.

(Visited 339 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button