Nasional

KESEDAR Agih Sumbangan Zakat RM215,307 Kepada MAIK

Gua Musang, 22 Mei – Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan menerusi anak syarikatnya iaitu KESEDAR Holding Sdn Bhd (KHSB) serta syarikat subsidiarinya mengagihkan sumbangan zakat berjumlah RM215,307 bagi tahun 2021 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad berkata, sumbangan zakat ini adalah salah satu usaha KESEDAR dalam membantu meringkankan beban golongan asnaf di negeri ini.

Katanya, ia juga adalah langkah mengurangkan beban kewangan golongan asnaf yang terkesan akibat pandemik yang berlarutan sebelum ini menerusi MAIK sebagai badan yang dipertanggungjawab untuk menguruskan zakat, infaq, wakaf dan baitulmal serta pentadbiran masjid yang amanah dan professional.

“Malah ini membuktikan modus operandi KHSB dan syarikat subsidiarinya patuh syariah serta terus komited dalam menunaikan tanggungjawab bagi membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar di negeri ini.

“Pada tahun lalu, KHSB juga turut mengagihkan sumbangan zakat menerusi platform yang sama iaitu berjumlah RM214,049 dan sumbangan ini membuktikan anak syarikat KESEDAR tidak menfokuskan kepada keuntungan semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Mock-up Cek kepada MAIK menerusi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KESEDAR yang berlangsung di Dewan Dato’ Ariffin Said, di sini.

Simbolik penyerahan itu diserahkan kepada wakil MAIK iaitu Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Masjid Tengku Razaleigh Hamzah, Mohd Amirul Fahmi Abdul Rashid.

Dalam pada itu, KESEDAR juga turut menyampaikan sumbangan zakat kepada 120 golongan asnaf yang terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) yang diraikan dalam majlis berkenaan.

(Visited 228 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button