Nasional

Budaya sakau menyakau tidak boleh jadi amalan PN – Muhyiddin

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan ‘ambil apa yang sempat’ atau ‘sakau-menyakau’ tidak boleh menjadi budaya dan amalan dalam Perikatan Nasional (PN).

Ia bukan sahaja bertentangan dengan prinsip gabungan parti itu, malah turut menyalahi hukum Islam.

Beliau menegaskan bahawa amalan ini boleh menjadi kejatuhan parti politik, masyarakat dan juga negara.

“Untuk melangkah ke hadapan dengan lebih yakin dan gagah, Malaysia perlu mempunyai suatu ekosistem budaya, politik dan pengurusan kerajaan yang bebas rasuah dan berintegriti.

“Pengalaman lalu mengajar kita bahawa budaya politik yang dilingkari amalan rasuah merupakan suatu kemungkaran yang rosak lagi merosakkan,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen PN 2022 dan sambutan Ulang Tahun PN Kedua di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada Sabtu.

Menurut beliau lagi transformasi budaya politik yang bebas rasuah mesti dimulakan di dalam gabungan parti itu.

“Jika dilihat dari sudut yang positif, PN adalah sebuah gabungan parti politik yang baharu. Kita berpeluang untuk memupuk dan membina budaya politik baharu yang berlandaskan kepatuhan kepada nilai-nilai agama, moral dan etika untuk mewujudkan sebuah budaya politik yang sihat, bebas rasuah dan berintegriti,” tambahnya lagi.

Hadir sama, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau; Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yang Teck Lee; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STARSABAH), Datuk Seri DR Jeffrey Kitingan serta kepimpinan yang lain.

 

 

(Visited 325 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button