MahkamahNasional

Kes Zahid Hamidi: Mahkamah diberi tarikh tambahan hingga Ogos, sambung 10 April

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang mendengar pengurusan kes terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkaitan dengan 47 pertuduhan yang dihadapinya dimaklumkan tambahan tarikh-tarikh sehingga Ogos ini.

Pihak pendakwaan dan peguam mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengemukakan tarikh-tarikh tambahan .

Tedahulu kes sambung bicara Ahmad Zahid bermula hari ini, 17, 18 dan 19 Januari dan bersambung pada bulan hadapan, Mac, April dan Mei. Bagaimanapun, kes bersambung pada 10 April ini nanti.

Timbalan Pendakwa Raya, Raja Rozela Raja Toran memaklumkan Timbalan Perdana Menteri hadir ke mahkamah pagi ini di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

“Tarikh-tarikh seterusnya adalah hari-hari biasa (common days),” katanya.

Katanya, tarikh-tarikh berkenaan ialah pada 12, 13, 14 dan 15 Jun.

“Julai pada 24 sehingga 27. Pada 1, 2, 3 Ogos, 7 sehingga 10 Ogos dan 21 hingga 24 Ogos,” katanya.

Mahkamah maklum di atas tarikh-tarikh perbicaraan.

Untuk rekod, 2 November tahun lepas, mahkamah menangguhkan perbicaraan kepada 16-19 Januari, 30-31 Jan, 7-9 Februari, 27-30 Mac, 10-13 April dan 15-18 Mei.

Peguam utama pembelaan Hisyam Teh Poh Teik berkata, tarikh perbicaraan yang ditetapkan lebih awal bagi Januari hingga Mac telah dikosongkan.

“Perbicaraan akan disambung semula pada April dan tarikh Mei kekal. Kami juga telah memasukkan tarikh tambahan dari Jun hingga Ogos,” katanya.

Pihak pembelaan telah memanggil enam saksi setakat ini.

Zahid didakwa atas 47 tuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah (CBT) membabitkan jutaan ringgit daripada Yayasan Akalbudi dan rasuah untuk pelbagai projek sepanjang menjadi menteri dalam negeri antara 2013 dan 2018. – SM

(Visited 482 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button