NasionalParlimen

RM1.6 bilion peruntukan salur subsidi, insentif untuk pesawah padi

BELANJAWAN 2023 Kerajaan peruntukkan RM1.6 bilion bagi menyalurkan pelbagai subsidi dan insentif seperti harga padi, baja padi dan padi huma bagi membantu pesawah di negara ini.

Menteri Kewangan dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sumbangan tunai RM200 sebulan juga diberikan kepada pesawah padi selama tiga bulan atau semusim.

Katanya, ia melibatkan sebanyak 240,000 pesawah padi dengan peruntukan yang berjumlah RM228 juta.

“Kerajaan juga menghargai Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) kerana menyumbang sejumlah dana bagi membantu para pesawah miskin,” katanya pada pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani hari ini.

Anwar berkata, BERNAS bukan sahaja menyediakan sumbangan sebanyak RM60 juta malah juga bersetuju membuat perkongsian keuntungan daripada import beras dengan menyumbang 30 peratus keuntungan bersih kepada pesawah padi. – SM

(Visited 208 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button