Politik

Jawatan Duta Khas disambung

JAWATAN Duta Khas Perdana Menteri melibatkan tiga pemimpin yang dilantik ketika pentabiran Tan Sri Muhyiddin Yassin akan terus disambung.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, Mesyuarat Kabinet pertama yang berlangsung semalam telah bersetuju untuk terus menyambung pelantikan tersebut.

“Mesyuarat kabinet pertama yang berlangsung pada 1 September 2021 telah bersetuju untuk terus menyambung pelantikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas ke Asia Tengah; Datuk Seri Tiong King Seng sebagai Duta Khas ke China dan Datuk Seri Richard Riot sebagai Duta Khas ke Asia Timur,” katanya.

Presiden Pas Abdul Hadi dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah pada 4 April 2020.

Presiden Parti Demokratik Progresif King Seng dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke China pada 20 April 2020.

Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Richard Riot dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur pada 14 Mei 2020.-SM

 

(Visited 254 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button