fbpx
Politik

Kes rasuah Guan Eng dia tak malu pula

Datuk Mohd Puad Zarkashi hairan mengapa Lim Kit Siang tidak berasa malu dengan kes rasuah membabitkan anaknya Lim Guan Eng.

Katanya, Kit Siang sepatutnya turut malu dengan kes rasuah yang dihadapi oleh Guan Eng, sebelum melempar pelbagai tuduhan terhadap pemimpin UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Lim Kit Siang terkejut beruk bila Najib dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong BN (BNBBC).

“Menurutnya perlantikan Najib itu mengejutkan dan memalukan Parlimen. Dia minta Parlimen tidak mengiktiraf perlantikan Najib. Rasuah Lim Guan Eng dia tidak malu pula,” kata Mohd Puad.

Beliau juga hairan mengapa pemimpin DAP itu terlampau takut dengan Ahli Parlimen Pekan itu yang hanya mewakili 23 ahli penyokong parlimen sahaja.

“Sebenarnya mereka bimbang BNBBC akan lebih menonjol dan kredibiliti MP BN naik sebagaimana popularnya platform “Bossku” pada rakyat. Mereka pula tenggelam.

“Semoga PM tidak terikut ikut dengan perangai takut Lim Kit Siang dan Tun M. Kalau ada “Kejujuran Politik” takut apa,” katanya.

(Visited 64 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button