Berita

Raja Muda Perlis tinjau projek kemudahan awam negeri

Kerja-kerja pembinaan Klinik Kesihatan Chuping yang baharu dan pembaikan Masjid Nurul Huda Felda Chuping dijangka siap menjelang penghujung tahun 2020 ini.

Prestasi fizikal sebenar sehingga 23 Oktober 2020 bagi projek Klinik Kesihatan (Jenis 7) Chuping kini sudahpun mencecah 85%. Ia dijangka siap dan dapat diserahkan kepada pelanggannya iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini.

Pemantauan rapi secara harian dilaksanakan oleh pasukan projek Jabatan Kerja Raya (JKR) yang diketuai oleh Jurutera Awam Kanan Pasukan Projek Persekutuan Negeri dan pasukan beliau bagi memastikan sebarang masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan segera supaya tiada lagi tambahan kelewatan kepada projek tersebut.

Demikian dipersembahmaklumkan oleh Pegawai Penguasa Projek berkenaan iaitu Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri, Ir Syed Zubir Syed Husin kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena keberangkatan baginda meninjau projek berkenaan
semalam.

Sementara itu, Pengurus Besar Felda Wilayah, Izham Ramli yang diiringi Pengurus Felda Chuping, Wan Saiful Izwan Wan Salim dan Tuan Imam 1 Ustaz Mohd Fitri Mohamad memaklumkan kepada baginda bahawa kerja-kerja pembaikan Masjid Nurul Huda Felda Chuping yang sudah dimulakan sejak awal bulan Oktober baru-baru ini juga dijangka siap pada penghujung tahun ini.

Menurut Izham, pihak pengurusan Felda memperuntukkan sejumlah RM265,000 untuk kerja-kerja pembaikan masjid tersebut selain RM15,000 lagi untuk meningkatkan prasarana yang disediakan di Dewan Besar Felda Chuping yang dipohon kepada pihak MAIPs melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) untuk dilaksanakan solat jumaat dan juga solat waktu secara berjemaah sehingga tempoh masjid berkenaan dapat diimarahkan kembali.

Terdahulu, di awal program yang sama Tuanku Syed Faizuddin Putra diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Hj Mohd Nazim Mohd Noor berkenan menyerahkan pelitup muka sumbangan CSR daripada Konsortium Bumita Nepta Sdn Bhd melalui MAIPs dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis kepada wakil-wakil daripada Sekolah Kebangsaan LKTP Chuping (400) dan Sekolah Rendah Islam (SRI) III Felda Chuping (300).

(Visited 375 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button