NasionalNegeriPendidikan

Raja Muda Perlis kurnia Ijazah Kehormat kepada Latif Romly

JAGOAN paralimpik dunia kebanggaan negara yang merupakan kelahiran Perlis, Datuk Abdul Latif Romly dianugerah Ijazah Kehormat Sarjana Sains Kemanusiaan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada Sidang Pertama Bagi Istiadat Konvokesyen Ke-16 UniMAP di Dewan Ilmu Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, hari ini.

Anugerah tersebut dikurniakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Canselor universiti berkenaan.

Menyambut keberangkatan Baginda, Naib Canselor, Prof. Datuk Ts. Dr. Zaliman Sauli.

Turut menerima Ijazah Kehormat ialah Datuk Dr. Ir. Ts. Annuar Mohd Saffar (Doktor Kejuruteraan) dan Profesor Dr. Shinji Shimada dari Jepun (Doktor Pengurusan).

Sebanyak 412 graduan menerima penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan juga Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian)(Keusahawanan Kejuruteraan) di majlis tersebut.

Turut disampaikan oleh Tuanku Canselor ialah Pingat-pingat dan Anugerah-anugerah bagi penerima Hadiah Pelajaran, Hadiah Inovasi dan juga Pemenang Hadiah Kecemerlangan Akademik universiti.

Tuanku Syed Faizuddin ketika bertitah mengingatkan para graduan bahawa perjalanan hidup mereka semua tidak akan terhenti selepas konvokesyen ini.

“Bahkan hari ini sebenarnya merupakan titik permulaan hidup mereka semua untuk ke tahap yang lebih tinggi lagi mencabar pada masa kini,” titah Baginda.

Raja Muda dalam titah mahu semua graduan sentiasa mengangkat nilai-nilai murni UniMAP melalui slogan “Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan” yang merupakan nilai-nilai murni seharusnya ditanam di dalam diri semua selaku duta universiti ini.

Titah Baginda, nilai-nilai murni tersebut juga harus sentiasa dipraktikkan, terutamanya apabila alumninya melangkah ke alam pekerjaan kelak.

Baginda bertitah, ini akan membantu mereka untuk menyelesaikan apa sahaja tugasan dengan lebih beramanah dan berintegriti. – SM

(Visited 232 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button