Nasionalpilihan

Kes pecah rumah menurun semasa PKP

KES jenayah pecah rumah menurun sebanyak 21.2% sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan bermula 18 Mac tahun lalu hingga kelmarin.

Sebanyak 16,452 kes pecah rumah dicatatkan berbanding 20,875 kes yang dicatatkan sepanjang tempoh sama pada tahun sebelumnya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, penurunan itu adalah disebabkan pelaksanaan PKP.

“Sepanjang PKP, rondaan secara kerap dilakukan untuk memantu pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKP sekaligus mengurangkan ruang aktiviti jenayah.

“Bagaimanapun, peningkatan pecah rumah berlaku ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan secara berperingkat iaitu mulai 4 Mei tahun lalu sehingga 10 Jun tahun lalu,” katanya.

Menurut Abdul Jalil, dalam tempoh tersebut, kes pecah rumah meningkat sebanyak 1,167 kes berbanding tempoh sama sebelum itu dengan jumlah 1,063.

Dalam pada itu, jumlah tangkapan yang dibuat sepanjang tempoh PKP juga adalah sebanyak 5,518 orang.

“Kesemua mereka ditangkap untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. 3,572 individu daripada jumlah itu tiada pekerjaan tetap.

“Sehubungan itu, kita memohon masyarakat untuk bersama-sama mengekang kejadian jenayah di komuniti masing-masing,” katanya

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa memastikan rumah sentiasa berkunci, peka dengan persekitaran kejiranan. -SM

(Visited 88 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button