JenayahNasional

Kes letupan di Pandan Indah: Suspek guna kepakaran pendawaian elektrik buat bom tangan

SEORANG daripada dua suspek yang ditahan kerana didakwa membunuh seorang pekerja restoran menggunakan bahan letupan buatan sendiri (IED) hujung bulan lepas disyaki menggunakan kemahiran dalam bidang pendawaian dan elektrik untuk menghasilkan bahan letupan.

Pemangku Ketua Polis Selangor, S Sasikala Devi berkata, siasatan mendapati bahan letupan terbabit dihasilkan oleh suspek berusia 33 tahun, seorang kontraktor pembinaan berdasarkan pelbagai barangan dirampas dalam serbuan di kediamannya di Serdang, Kedah.

Antara barangan dan peralatan yang dijumpai polis di rumah suspek dipercayai digunakan untuk menghasilkan bahan letupan termasuk bilah mata pisau pemotong kertas dan mercun bola.

“Suspek juga berminat menghasilkan bahan letupan selain mempelajari cara pembuatannya dengan merujuk kepada video dalam talian.

“Buat masa ini, siasatan mendapati motif kejadian ini bersifat peribadi dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.


Pada 29 Disember tahun lepas, seorang pekerja restoran berusia 28 tahun terbunuh apabila bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet keretanya meletup.

Mangsa yang cedera parah pada badan dan tangan dikejarkan ke Hospital Ampang namun disahkan meninggal dunia pada pukul 9.45 malam.

Polis turut menemui serpihan bahan letupan di tempat kejadian serta kesan kemik pada kereta mangsa.

Siasatan lanjut polis kemudian membawa kepada penahanan sepasang suami isteri, masing-masing berusia 33 dan 30 tahun di Serdang, Kedah pada Selasa lepas sebelum mereka direman selama tujuh hari

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – SM

(Visited 130 times, 3 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button