Luar Negara

Situasi di Itali kian kritikal, angka kematian melonjak 7,503 orang

SITUASI di Itali kian kritikal dengan angka kematian akibat serangan wabak COVID-19 di Itali meningkat daripada 683 kepada 7,503 orang, kata Agensi Perlindungan Awam pada Rabu, 25 Mac.

Namun ia menunjukkan- penurunan jumlah kematian setiap hari selepas kenaikan hari sebelumnya.

Pada Selasa (24 Mac), lapor Reuters angka kematian di Rom ia 743 orang. Ia menyusul 602 kematian pada Isnin (23 Mac), 650 (Ahad, 22 Mac) dan rekod 793 pada Sabtu (21 Mac) – angka harian tertinggi sejak penularan itu muncul 21 Februari lalu.

Jumlah kes yang disahkan di Itali meningkat kepada 74,386 daripada 69,176 sebelumnya, menurut Agensi Perlindungan Awam.

Ketua agensi, Angelo Borrelli, tidak hadir dalam sidang media untuk melaporkan perkara itu beliau sendiri demam pada Rabu dan sedang menjalani pemeriksaan coronavirus.

Daripada mereka yang mula-mula dijangkiti di seluruh Itali, 9,362 orang pulih sepenuhnya pada Rabu berbanding 8,326 sehari sebelumnya. Terdapat 3,489 orang dalam rawatan intensif daripada 3,396 sebelumnya.

Kawasan utara Lombardy yang paling kritikal dilanda wabak itu melaporkan penurunan jumlah angka kematian berbanding hari sebelumnya, tetapi kekal kritikal, dengan 4,474 kematian dan 32,346 kes.

Ia berbanding 4,178 kematian dan 30,703 kes dilaporkan sehingga Selasa.

BERITA BERKAITAN:

Situasi di Itali kritikal kerana negara itu dianggap sebagai pusat wabak Covid-19 di Eropah ekoran jumlah kes dan kadar kematian yang tinggi.

Lombardy menjadi wilayah yang paling teruk ekoran mencatatkan angka kematian paling tinggi.

Ekoran situasi kritikal itu, Malaysia hari ini membawa pulang 76 rakyatnyaa serta lima individu bukan warganegara dibawa pulang dari Itali menerusi Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR).

Mereka selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang hari ini.

Pesawat khas AirAsia misi HADR yang digerakkan kerajaan Malaysia itu tiba di KLIA pada 10.06 pagi, demikian menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

Turut serta dalam penerbangan ialah lima kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Luar (seorang), kru AirAsia (20 orang) dan seorang pegawai NADMA.

Kesemua 81 penumpang rakyat Malaysia serta tanggungan dan bukan warganegara itu menjalani proses saringan di Unit Kecemasan Udara (ADU), KLIA sebelum dihantar ke Pusat Pemantauan di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) di Bandar Enstek, Nilai, dekat sini untuk proses kuarantin selama 14 hari.

(Visited 76 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button