KesihatanNasionalPenyakit

Kes HFMD turun 22.9% – KP Kesihatan

KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) menurun 22.9% dengan 13,080 kes direkodkan minggu lalu berbanding 16,954 kes pada minggu sebelumnya.

Beliau berkata, sebanyak 95,924 kes dilaporkan sejak awal tahun ini hingga Sabtu lalu meningkat 36 kali ganda berbanding 2,654 kes yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lalu.

Katanya lagi, kebanyakan kes (90%) adalah dalam kalangan kanak-kanak enam tahun dan ke bawah, diikuti 8% dalam kalangan mereka yang berumur tujuh hingga 12 tahun.

“Majoriti kes berlaku di Selangor iaitu 27.9% kes, diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya (11.2%), Perak (10.2%), Johor (6.6%) dan Kelantan (6.4%),” ujarnya.

Hisham turut mendedahkan tiga virus utama yang menyebabkan penularan HFMD dalam komuniti dikesan tahun ini iaitu Coxsackie A16 (CA16), Coxsackie A6 (CA6) dan Enterovirus 71 (EV71).

“Terdapat tiga kes HFMD yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan kes pertama dan kes kedua disebabkan komplikasi radang otak (encephalitis) manakala kes kes ketiga telah pun sihat dan dibenarkan pulang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehingga kini, beliau berkata, sebanyak 1,882 wabak itu dilaporkan dengan Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan jumlah tertinggi dengan 602 kes (32.0%), diikuti Sarawak dengan dengan 265 (14.1%) dan Selangor dengan 232 (12.4%).

Jelasnya, majoriti lokasi penularan wabak berlaku di taska, tadika dan pra-sekolah.

“Wabak dikira apabila terdapat dua atau lebih kes dalam satu lokaliti dan kes mempunyai kaitan epidemiologi serta berlaku dalam tempoh inkubasi penyakit HFMD,” katanya. – SM

 

(Visited 121 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button