KesihatanNasionalPenyakit

Kes harian Covid-19 menurun tapi catat satu kematian

Covid-19: BA5.2 dan BF 7 dua varian baharu

DUA varian baharu Covid-19, BA 5.2 dan BF 7 yang bermula di negara Republik China telah masuk ke Malaysia semalam.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa harus bertindak segera dan pro-aktif, bukannya berpeluk tubuh menanti sehingga dua varian baharu wabak itu terus berleluasa dan menjangkiti rakyat Malaysia.

Walaupun pihak Kementerian Kesihataan (KKM) menggesa orang ramai yang sudah melebihi tempoh enam bulan mengambil suntikan penggalak, mengambil suntikan kedua, ini masih belum mencukupi untuk mengekang varian baharu itu daripada menjangkiti rakyat negara ini.

Walaupun jangkitan harian Covid-19 dalam negara mencatatkan penurunan setakat semalam dengan 360 kes dilaporkan berbanding 420 pada hari sebelumnya, rakyat Malaysia harus terus berhati-hati dengan dua varian baharu itu .

Menurut data di laman web KKMNOW, kes-kes baharu terdiri daripada 359 kes jangkitan tempatan dan 1 kes import dan satu kematian dicatatkan.

Angka ini meningkatkan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 kepada 5,027,457 kes dengan 44,712 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, 11,807 kes masih aktif termasuk 30 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 16 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 580 pesakit atau 4.9% menerima rawatan di hospital.

Seramai 423 pesakit dilaporkan sembuh. – SM

(Visited 154 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button