Ekonomi

MIRI lokasi APFF untuk tahun 2024

Filem Asia Pasifik (APFF) pada tahun hadapan 2024 bakal diadakan di Miri, sebagai tuan rumah bagi acara tersebut selepas melihat kejayaan Festival Filem Asean (AIFFA) yang diadakan setiap tahun di negeri Sarawak.

Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, secara tidak langsung dapat promosi kerajaan negeri yang mahu meningkatkan potensi pelancongan sekaligus menarik lebih ramai pelabur dari luar.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (Industri Kreatif dan Seni Persembahan). Datuk Snowdan

Menurut Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (Industri Kreatif dan Seni Persembahan). Datuk Snowdan Lawan berkata APFF 2024 dijangka lebih besar dan membawa ramai penggiat filem dari seluruh negara dunia.

“APFF diadakan setiap tahun oleh Persekutuan Penerbit Filem di Asia-Pasifik (FPA), idea ini dicadangkan semasa perasmian pembukaan AIFFA malam tadi dan pihak kami terus bersetuju dan memilih Miri sebagai lokasi tahun hadapan.

“Ini adalah peluang terbaik bagi industri perfileman dan kreatif untuk membuka lebih luas konteks bisnes dan sebagai bonus untuk pelaburan sekali gus mengangkat Sarawak sebagai lokasi pelancongan dan acara berprestij” katanya dalam ucapan ketika merasmikan AIFFA 2023 FilmBiz World pagi tadi.

Setiausaha Agung Persekutuan Penerbit Filem di Asia Pasifik (FPA) dan Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia, Pansha yang juga antara pencetus idea ini, melahirkan rasa teruja apabila mendapat sambutan positif dari pihak kerajaan negeri.

“Festival Filem Asia-Pasifik meliputi 22 negara di Asia-Pasifik dari Korea Selatan, Jepun, New Zealand dan Australia.

“APFF ini antara festival terbaik yang mampu mempromosi filem-filem Asia Pasifik ke peringkat global dan ini juga landasan terbaik untuk Sarawak lebih dikenali dan mampu kita bawa lebih luas. Miri dipilih kerana selepas Kuching, peranan kita juga mempromosi bandar kedua Sarawak ini” katanya.
Untuk maklumat, AIFFA Biz-WORLD merupakan platform untuk pakar industry perfileman berkongsi pengatahuan dan pengalaman mereka dalam dunia perfileman.
Topik menarik seperti “Pembiayaan untuk Pasaran Filem ASEAN”, “Memacu Pertumbuhan Perniagaan” dan “Inovasi dalam Industri Filem” adalah tiga daripada banyak perbincangan perniagaan yang dirancang di AIFFA BIZ-WORLD ini.

Beberapa objektif termasuk pembangunan bakat dan untuk melindungi piawaian industri filem & TV Sarawak melalui dasar kerajaan.

Antara objektif utama kolektif filem Sarawak adalah untuk menarik pelabur tempatan dan asing. Selaras itu, Kementerian berbesar hati menandatangani perjanjian Memorandum Persefahaman (MOU) antara kolektif filem Sarawak dan Dana Filem Malindo (MFF), cabang pelaburan untuk dana yang akan dibuka bagi pembikin filem di Malaysia dan Indonesia.

Memorandum Persefahaman (MOU) antara kolektif filem Sarawak dan Dana Filem Malindo (MFF), cabang pelaburan untuk dana yang akan dibuka bagi pembikin filem di Malaysia

MOU ini membuktikan kolektif filem Sarawak akan bekerjasama dengan Malindo Film Fund untuk mengenal pasti siapa yang layak mengakses dana ini di Sarawak dan Borneo.

Artikle Berkaitan :>

300 delegasi ASEAN meriahkan pembukaan AIIFA

 

(Visited 74 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button