MahkamahNasionalNegeri

Seludup manusia: Empat lelaki Thai dituduh di Mahkamah Sesyen

EMPAT lelaki rakyat Thailand yang diekstradisi ke Malaysia berhubung kes penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis pada 2015 didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar di sini hari ini.

Tertuduh Amree Nesalaeh, 58, Aron Kaeofainok, 29, Jehpa Lapi – E, 56 dan Somphon A Dam, 51 masing-masing mengaku faham apabila dibacakan kertas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di dalam bahasa Thailand.

Pada pertuduhan yang dibacakan ke atas Amree Nesalaeh bahawa pada Februari hingga April 2013 di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Kaki Bukit telah menjalankan penyeludupan migran iaitu Zedul Islam (Warganegara Myanmar).

Mengikut kertas pertuduhan ke atas tiga lagi tertuduh iaitu Aron Kaeofainok, Jehpa Lapi dan Somphon A Dam bahawa pada Ogos 2014 hingga 10 Mac 2015 pada lebih kurang pukul 5.30 pagi di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Kaki Bukit, Padang Besar telah menjalankan penyeludupan iaitu Mohd Belal (warganegara Myanmar).

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 26A, Akta APTISOM2007 (Penyeludupan migran) dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi 15 tahun dan juga boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Musyiri Peet menetapkan 25 Julai untuk pindahkan kes ke Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Muhamad Asyraf Md Kamal, V.V
Suloshani dan Lee Jin Keong dan kesemua tertuduh tidak diwakili peguambela.

Sebelum itu, Muhamad Asyraf meminta mahkamah tidak membenarkan ikat jamin terhadap semua tertuduh berdasarkan Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang menyatakan bahawa mahkamah dilarang memberikan ikat jamin kepada individu yang didakwa dengan kesalahan berkaitan keganasan. – SM

BACA 4 warga Thailand didakwa esok berkaitan kubur besar Wang kelian

(Visited 136 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button