Mahkamahpilihan

Kes bunuh: Sepasang kekasih serta tujuh lelaki direman tujuh hari

Sepasang kekasih dan tujuh lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh seorang pengurus sebuah syarikat yang mati ditikam dalam satu pergaduhan di sebuah gerai makan di Tengkera awal pagi semalam.

Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman mengeluarkan perintah reman sehingga 16 Mei selepas mendapat permohonan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semua suspek berusia antara 20 hingga 38 tahun berpakaian lokap dibawa ke pekarangan Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh pada pukul 9.00 pagi.

Akhbar hari ini melaporkan pengurus sebuah syarikat berusia 35 tahun maut ditikam seorang pelanggan lain kerana menegur saiz payu dara seorang wanita di sebuah gerai makan di Taman Kenanga, Tengkera.

Susulan daripada teguran itu berlaku pergaduhan, tolak menolak sehingga mangsa ditikam di bahagian dada dalam kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 4.00 pagi semalam.

Mangsa yang cedera parah dan dibawa menaiki pacuan empat roda oleh dua rakannya ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan, bagaimanapun disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital berkenaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit dipetik berkata, siasatan awal mendapati, sebelum kejadian mangsa bersama beberapa rakannya datang ke gerai berkenaan dalam keadaan mabuk selepas selesai berhibur.

Menurutnya, mangsa dikatakan bercakap dengan kawannya mengenai saiz payudara seorang pelanggan wanita berusia 26 tahun yang kemudian ditegur lelaki berusia 27 tahun mendakwa dia adalah pengawal peribadi wanita terbabit.

Christopher berkata, polis yang menerima aduan daripada orang awam bergegas ke tempat kejadian serta mendapati mangsa sudah terbaring berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tambahnya susulan itu, polis menahan tujuh suspek berusia antara 25 hingga 38 tahun termasuk pengawal peribadi berkenaan serta teman wanita itu dan kekasihnya itu untuk membantu siasatan. – SM

(Visited 288 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button