Politik

Maszlee Malik ‘terliur’ jawatan Menteri Pengajian Tinggi, Pendidikan

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin secara sinis berkata, Maszlee Malik mungkin boleh dilantik sebagai Menteri Pengajian Tinggi atau Menteri Pendidikan sekiranya dia menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Mungkin boleh lantik dia (Maszlee) kalau dia menang dalam pilihan raya umum nanti,” kata Khaled yang juga Menteri Pengajian Tinggi pada sidang media usai merasmikan Karnival Penyelidikan Universiti Malaya (UMRC) siri Ke-5.

Maszlee Malik

Pada 30 Disember lalu, Maszlee bekas Menteri Pendidikan menggesa orang politik tidak dilantik ke jawatan berkenaan selepas PRU-16.

Kata Maszlee, jawatan itu seharusnya dilantik dalam kalangan pendidik kerana mereka lebih mengetahui “isi hati” dan hala tuju kementerian berkenaan.

Menurut Maszlee, ruang akademik tidak boleh “dicabul” oleh orang politik dan sepatutnya diterajui mereka yang arif dalam bidang pendidikan.

Maszlee dilantik sebagai Menteri Pendidikan ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memerintah selama 22 bulan dari Mei 2018 sehingga Januari 2020. – FMT – SM

Artikel berkaitan > Penampilan Maszlee dalam drama bersiri Kudeta di Astro kagumkan peminat politik!

(Visited 304 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button