Pendidikan

MISA tawarkan kursus belajar bidang perkapalan, elakkan isu pengangguran

Bagi menggalakkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia terus menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, Malaysia Skill Academy (MISA) dan Pusat  Pelita Akademi mengambil tanggungjawab bersama demi merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Objektif penubuhan MISA ini memasarkan sebuah pusat Latihan di dalam sektor maritim, minyak dan gas secara tidak langsung menyediakan modal insan mahir dalam industri tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Operasi (MISA) Puan Siti PatimahMISA ini wujud kerana mahu memberi kesedaran terhadap orang bertapa pentingnya bidang kemahiran sekali gus untuk mengurangkan risiko pengangguran.

‘’MISA ini dibawah YEG academy, diasaskan pada tahun 2019 dan memberi kesedaran kepada orang ramai serta mengurangkan risiko pengangguran malah banyak peluang di Malaysia ini yang belom diterokai di mana banyak masyarakat belum tahu’’. Katanya.

Dari Kiri, Encik Sayid Jalaluddin bin Saiyid Shaifuddin (Wakil MISA), Puan Siti Patimah binti Hussin (Ketua Pegawai Operasi MISA) Encik Baharom Bin Mohd Taha (Pengarah Eksekutif Pelita Akademi) Encik Nabil Fakhri Bin Baharom (Ketua Pegawai Operasi Pelita Akademi)

Tambah wakil Misa, Saiyid Jalaluddin berkata, rupanya ramai anak muda yang khususnya luar bandar yang tidak tahu tentang bidang perkapalan, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menyebarkan kesedaran terhadap mereka.

‘’Saya lihat di setiap pelusuk Malaysia termaksud Sabah dan Serawak rupanya ramai anak muda di luar bandar tidak tahu tentang peluang yang ada dalam industri perkapalan (Oil and Gas), Pelita ini adalah permulaan dan MISA akan pasarkan program-program yang ditawarkan disamping mendapat peluang pekerjaan’’ Jelasnya.

Semalam berlangsungnya tanda tangan dua hala, penandatanganan Memorandum Persefahaman MOU antara MISA dan Pelita Akademi di Batang Kali, Selangor.

MISA merupakan pusat pengajian teknikal yang menawarkan pelbagai program latihan dan sijil industri yang diiktiraf. Pusat Latihan Pelita Akademi pula terkenal dengan kecemerlangan yang diiktiraf oleh Jabatan Laut Malaysia di bawah Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) untuk Konvensyen Antarabangsa mengenai Standard Latihan, Pensijilan dan Pengawasan Pelaut (STCW) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Selaras dengan matlamat kerajaan dalam memartabatkan Pendidikan Teknikal Vokasional (TVET), kerjasama ini dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti dan relevan program TVET, MISA dan Pelita Akademi untuk menyokong transformasi sektor Pendidikan vokasional dan teknikal di negara ini.

Antara khusus yang ditawarkan adalah kursus geledak kapal, kursus enjin kapal, kursus enjin penebat paip gas (pipe gas insulation), kursus paip dan jurugegas (pipe and ringer fitter) dan kursus kulinari di sektor maritim, minyak dan gas.

Pelita Akademi ditubuhkan sejak dua dekat 1998 menyediakan Latihan dan Pendidikan kepada mereka yang ingin mempelopori kerjaya pelaut. 50,000 pelatih dari dalam dan luar negara telah berjaya dilahirkan dalam platform ini.

Artikle Berkaitan :>

Maritim tahan kapal kargo bersauh tanpa kebenaran

Covid-19: Tujuh pelan pemulihan logistik, perkapalan

(Visited 170 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button