Nasional

Kes bapa Dr. Maza terjejas kesihatan selepas suntikan dos penggalak, ramai mula bersuara

SELEPAS Dr. Maza atau Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang juga Mufti Perlis meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keadaan kesihatan bapanya selepas mengambil suntik dos penggalak vaksin Covid-19, ramai yang mula tampil menyatakan kebimbangan yang sama.

Respon orang ramai kepada hantaran Maza di Instagram peribadinya ramai yang menyokong dan bersyukur dengan keberanian ulama berkenaan bersuara.

Menurut amirul_qassam07

Syukurlah klau dr maza bangkitkan isu nie. Ramai lgi di luar sana kena kesan sampingan. Ttpi sbagai marhaen apa saja yg boleh di lakukan. Skdar menerima dgn redha. Klau Dr seorang yg brpengaruh. Mngkin boleh bangkitkan isu nie 🙌🔥

Alhamdulillah…ada juga cerdik pandai agama berani bersuara…kalau kami yg bawah2 ni bersuara bagaikan mencurah air ke daun keladi….

Salah satu fakta saintifik Vaksin ni adalah ianya boleh ganggu kepekatan darah tu, makna kata boleh membawa kpd strok, darah tinggi, sakit jantung, ganngguan salur darah.. ni bkn konspirashit aluminium ya, tapi itulh salah satu kesan sampingan yg perlu kita setujui utk pengambilan vaksin ni…

Berikut adalah hantaran Maza di Instagram beliau:

Ayahanda saya sudah lebih seminggu di hospital. Selepas dos ketiga, beliau mula muntah dan menjadi sangat lemah. Menurut doktor, beliau terkena sekali lagi stroke di bahagian yang sensitif di kepala. Punca masih tidak jelas. Apakah ada kaitan dengan dos penggalak atau tidak? Saya tidak pasti. Hanya pakar yang dapat menjelaskan.

Kebetulan minggu sebelum itu ada anak seorang sahabat meninggal setelah jatuh sakit mengejut selepas dos ketiga. Beliau sebelum itu sihat. Saya tidak pasti sebab kematian yang sebenar. Keluarga beliau orang kampung tidak menuntut siasatan terperinci. Mereka hanya kata “lepas vaksin nombor 3, tak pasai pasai dia sakit, lepas tu meninggal”. Mungkin juga ada punca lain.

Sebelum itu, ada juga orang yang rapat dengan saya yang menceritakan seorang bakal ahli jamaah umrah beliau yang ambil dos penggalak sebagai syarat umrah, tiba-tiba jatuh sakit dan meninggal. Juga tidak pasti apakah punca sebenar. Kebetulan atau ada kaitan? Kena kajian pakar.

Apapun, pihak KKM wajar memandang serius dan mengkaji kesan sampingan dos penggalak kepada mereka yang mungkin tidak sesuai. Ramai yang menyebut hal ini di sosial media. KKM kena ambil perincian setiap kes. Semoga Allah merahmati kita semua.

Sementara itu Kementerian Kesihatan (KKM) berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian kesan adverse – mudarat – susulan kes imunisasi (AEFI) membabitkan bapa Mufti Perlis.

“Pihak NPRA telah menghubungi hospital yang berkenaan dan mereka dalam proses menyiasat dan menyediakan laporan AEFI,” kata Program Perkhidmatan Farmasi KKM pada satu kenyataan ringkas.

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (singkatan NPRA) bertanggungjawab terhadap ujian, kelulusan dan pengawasan produk kesihatan termasuk penggunaan vaksin di Malaysia.

 

(Visited 2,776 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button