NasionalNegeri

Lakukan pembangunan ekopelancongan Wang Kelian secara strategik – Raja Muda

PEMBANGUNAN ekopelancongan di kawasan Wang Kelian perlu dilakukan secara strategik dengan mengambil kira 7 nod pelancongan yang terdapat di kawasan itu.

Antara tempat tumpuan di sana termasuklah Viewpoint Wang Kelian yang menawarkan panorama pemandangan dengan awan karpet, spesies unik Beruk Kentoi yang hanya boleh ditemui di Wang Kelian, sejarah Tok Putih di Kampung Wang Kelian dan Ladang Nanas MD2 serta replika berbentuk nanas tempat bergambar yang menarik.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan melancarkan Perlis Food Promotion di Restoran Somtham Na Por di Trang, Thailand.

Taman Negeri Perlis yang juga turut menyimpan keunikan flora, fauna dan geologi yang merupakan Taman Negeri pertama ditubuhkan di Malaysia, Arked Niaga Wang Kelian yang baharu sahaja mula dibuka kembali dan ICQS Wang Kelian yang menjadi pintu sempadan kedua terpenting di Negeri Perlis.

Pembangunan di Viewpoint juga perlu mengambil kira aspek pembangunan yang mampan dan mesra pengguna serta kurang impak kepada alam sekitar sebagaimana yang dilaksanakan di beberapa tempat di luar negara yang boleh dicontohi antaranya di Entoto Park Addis Ababa, Ethiopia yang baru sahaja dikunjungi oleh Raja Muda beberapa bulan lalu.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan melancarkan Perlis Food Promotion di Restoran Somtham Na Por di Trang, Thailand.

Kurma Daging Perlis sekali lagi menjadi menu istemewa yang dihidangkan di restoran berkenaan bagi dinikmati oleh para pelanggan.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda Baginda berdua, Sharifah Farah Adriana Jamalullail. – SM

(Visited 119 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button