Nasional

Kes baharu berterusan rendah 50 orang, seorang meninggal dunia

KES baharu jangkitan virus maut Covid-19 di Malaysia terus kekal rendah dengan dua digit iaitu 50 orang.

Sementara jumlah pesakit yang sembuh daripada jangkitan itu seramai 103 orang. Ini menjadikan keseluruhan kes sembuh seramai 3,452 orang atau  62.40 peratus daripada keseluruhan jangkitan sebanyak 5,532 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, jumlah pesakit yang sedang dirawat di unit rawatan rapi adalah seramai 43 orang dan 25 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kes kematian baharu pada hari ini adalah seorang menjadikan keseluruhan kes kematian sebanyak 93 kes.

(Visited 144 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button