Berita

• Kes baharu : 4,855 kes • Kes kematian : 27 kes • Kluster baharu : 8 kluster

KENYATAAN AKHBAR

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

13 MEI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 13 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh : 3,347 kes (414,707 kes kumulatif, 90.5%);

• Kes baharu : 4,855 kes (458,077 kes kumulatif);

• Kes import : 3 kes (3 bukan warganegara);

• Kes tempatan : 4,852 kes [4,494 warganegara (92.6%); 358 bukan warganegara (7.4%)];

• Kes aktif : 41,582 kes;

• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 481 kes;

• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 247 kes;

• Kes kematian : 27 kes (1,788 kes kumulatif, 0.39%; 27 warganegara);

• Jumlah kluster : 1,848 kluster;

• Jumlah kluster baharu : 8 kluster;

• Jumlah kluster yang telah tamat :1,391 kluster; dan

• Jumlah kluster aktif : 457 kluster.

Terdapat 27 kes kematian pada hari ini yang melibatkan lapan (8) kes di Selangor, lima (5) kes di Johor, tiga (3) kes di Kelantan, masing-masing dua (2) kes di Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sarawak, dan Pulau Pinang, serta masing-masing satu (1) kes di Perak, Pahang, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

UCAPAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di Malaysia. Pihak KKM juga ingin merakamkan sekalung penghargaan khususnya kepada semua petugas barisan hadapan termasuk petugas kesihatan KKM dan sukarelawan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan

Imigresen Malaysia (JIM), dan pelbagai agensi lain yang komited memberikan perkhidmatan mereka semasa musim perayaan ini.

Para anggota barisan hadapan kini mengharapkan masyarakat dapat memainkan peranan masing-masing dalam memerangi wabak COVID-19. Semoga dengan amalan norma baharu ini, kita dapat sama-sama membendung wabak COVID-19 di Malaysia sama ada semasa mahupun selepas musim perayaan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan

memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

13 Mei 2021 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 13 MEI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI) NEGERI

BILANGAN KES BAHARU *( )

BILANGAN KES KUMULATIF

SELANGOR

1,783 (1)

149,612

SABAH

76

59,149

JOHOR

467

49,427

WP KUALA LUMPUR

521 (1)

48,762

SARAWAK

395

37,121

PULAU PINANG

395

22,987

NEGERI SEMBILAN

100

20,248

KELANTAN

339

18,387

PERAK

302

16,337

KEDAH

193

12,015

MELAKA

67

8,345

PAHANG

56

6,070

TERENGGANU

148

5,242

WP LABUAN

4 (1)

2,501

WP PUTRAJAYA

9

1,492

PERLIS

0

382

JUMLAH KESELURUHAN

4,855 (3)

458,077

(Visited 74 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button