Travel

Twin Jets Resort berkonsepkan kapal terbang pertama di Malaysia

SEBELUM ini bas dijadikan sebagai tempat penginapan, kini muncul pula tempat penginapan daripada kapal terbang yang pastinya akan menarik minat orang ramai.

Daripada sebuah kapal terbang diubah suai menjadi satu tempat penginapan pasti akan menawarkan pengalaman baru dan unik buat para pengungjung.

Penginapan tersebut yang terletak di Broga, Negeri Sembilan bakal dibuka tidak lama lagi.

Twin Jets Resort menjadi resort pertama di Malaysia yang berkonsepkan kapal terbang dan satu-satunya resort di dunia yang menggunakan dua pesawat sebagai penginapan dan dewan bankuet.

Lokasi resort tersebut yang dikelilingi alam semulajadi akan memberikan ketenangan buat pengunjung yang menginap.

Pada waktu malam, pengunjung dapat melihat kecantikkan bintang sambil ditemani udara segar.

Jika pengunjung tidak mahu menginap di penginapan jenis kapal terbang, terdapat juga penginapan biasa di Twin Jets Resort.

Menerusi laman sesawang Twin Jet Resort, harga penginapan biasa di resort tersebut bermula dari RM900 dan untuk Premium Jet pula berharga RM18,000. -SM

(Visited 1,480 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button