Nasional

Kes aktif Covid hampir angka 10,000

KES aktif dan kebolehjangkitan Covid-19 dijangka akan melebihi angka 10,000 orang selepas angka jangkitan yang aktif kini sebanyak 9,744 kes.

Hari ini kali kedua kes baharu Covid-19 mencatatakan empat digit iaitu 1,240 dengan 1,238 kes merupakan jangkitan dalam negara.

Sabah terus mencatatkan pertambahan kes paling banyak iaitu 927 kes diikuti Selangor (177) dan Pulau Pinang (61 kes).

Ketika ini seramai 94 pesakit dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi dan daripada jumlah itu 31 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sebanyak 7 kematian direkodkan dengan keseluruhan korban Covid-19 meningkat kepada 236 kematian. Kesemua kematian berlaku di negeri Sabah.

 

(Visited 158 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button