Politik

Kerusi panas, empat calon rebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Larut?

SETELAH Datuk Seri Hamzah Zainudin meninggalkan UMNO dan menyertai Bersatu, warga UMNO Bahagian Larut bagaikan hilang arah tanpa tujuan seorang ketua.

Maka dalam pemilihan UMNO tahun ini, adegan merebut kerusi panas bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Larut dijangka akan berlaku demi survival parti itu.

Berdasarkan sumber semasa, terdapat ura-ura empat orang calon sedang mengintai peluang untuk mengisi jawatan tertinggi dalam parti di Bahagian itu.

Antaranya, bekas Setiausaha Politik Hamzah Zainudin, Datuk Faizol Arby Mohd Shohor yang pernah menjadi Ketua UMNO Bahagian di situ

Faizol, 67, sebelum ini dilantik sebagai Bendahari dilihat masih berminat untuk merebut kembali jawatan itu.

Seorang lagi yang dikhabarkan berminat untuk menawarkan diri adalah Ketua Penerangan UMNO Larut yang juga merupakan bekas Setiausaha Sulit Hamzah Zainudin, Mohd Amran Abdul Rahman, 49 tahun.

Seorang lagi pencabar yang dikhabarkan bakal menawarkan diri adalah bekas calon Barisan Nasional Parlimen Larut, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud.

Shafiq yang kini berusia 38 tahun dilihat sebagai calon professional muda yang mampu membawa perubahan kepada UMNO Larut mendepani cabaran penerimaan orang muda kepada UMNO.

Tinjauan melaporkan rata-rata perwakilan mahukan perubahan dalam UMNO Larut.

Mereka juga sedia memberi undi kepada calon baharu dan muda yang dilihat bersih dan tidak berkompromi dengan parti lain yang ada di Larut.

Pemilihan UMNO 2023 di peringkat bahagian-bahagian akan dijalankan serentak di seluruh negara pada 18 Mac nanti. – SM

(Visited 590 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button