Auto Travel

Kerusi Kulit Hitam & Putih Black Badge Ghost Khas Untuk Penumpang Belakang

Jenama yang dikenali kerana prestij dan kemewahan malah menjadi pilihan golongan bangsawan kini menawarkan kenderaan berjiwa sporty.

Rolls-Royce Black Badge Ghost adalah model pertama diperkenalkan untuk pasaran Malaysia yang menawarkan ciri lebih dinamik dan tampil kelainan.

Varian Black Badge ini dimulakan dengan model Wraith dan Ghost pada 2016, Dawn (2017) dan Cullinan (2019) dan versi Black Badge Ghost 2022 ini menyerlahkan ‘alter ego’ jenama ini.

Untuk rekaan luaran, ada lebih 44,000 warna boleh dipilih dengan lapisan kemasan berkualiti tinggi, namun model ini datang dengan warna putih dengan garisan ‘coachline’ lukisan tangan pada kedua-dua sisinya.

Simbol ‘Spirit of Ecstasy’ pula cukup gah di bahagian depannya manakala gril ‘Phanteon’ pula disaluti warna kemasan gelap.

Ia datang dengan roda komposit Bespoke 21 inci rekaan Black Badge berlapisan gentian karbon. Penutup hub monogram Double R pula sentiasa dalam kedudukan di atas.

Pintu ‘suicide’ menyerlahkan keunikan dengan ciri automatik bagi kemudahan keluar dan masuk malah turut tersedia ialah ruang simpanan payung.

Ruang dalaman dipenuhi elemen kemewahan gaya tersendiri dengan material dan warna yang boleh dipilih mengikut cita rasa pemiliknya.

Black Badge Ghost didatangkan dengan kerusi kulit hitam dan putih untuk penumpang belakang.

Ruang kabin dipadankan dengan kemasan kayu, gentian karbon dan suasana gelap.

Bumbung pula memiliki ciri ‘shooting star’ manakala ruang butnya berkapasiti 500 liter.

Untuk enjin, dengan 6.75 liter pengecas turbo berkembar V12, ia mampu menjana 592 kuasa kuda (hp) dan tork 900Nm serta transmisi lapan kelajuan ZF.

Ia juga mampu mencapai kelajuan sehingga 250 kilometer/sejam, menerusi pacuan semua roda. Daripada sifar ke 100 km/j, ia hanya mengambil masa 4.7 saat.

Untuk pasaran Malaysia, Rolls-Royce Black Badge Ghost dijual pada harga bermula RM1.8 juta, bergantung kepada spesifikasi yang dipilih oleh pembeli.

(Visited 213 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button