Nasional

Kanak-kanak 11 tahun mati terjatuh apartmen di Putrajaya

MALANG tidak berbau, ini yang terjadi kepada seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun yang meninggal dunia selepas terjatuh tujuh tingkat di unit sebuah apartmen di Presint 5 dan disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz mengatakan bahawa kejadian itu berlaku pada pukul 6.14 petang hari Isnin.

“Kami menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai mengenai insiden yang melibatkan seorang kanak-kanak berumur 11 tahun.

“Setelah ditemui, dia dikejarkan ke hospital Putrajaya dengan ambulans dan berada dalam keadaan yang kritikal,” katanya.

Kanak-kanak perempuan itu disahkan meninggal dunia pada pukul 7 petang di hospital.

“Siasatan menunjukkan bahawa bapa yang berumur 42 tahun itu bekerja sebagai seorang penyelidik sementara ibunya, 38, adalah seorang penolong pentadbir kewangan.

“Kami mendapati bahawa mangsa berada di rumah bersama kakaknya yang berumur 14 tahun dan adik lelaki yang berumur 7 tahun di apartmen sementara ibu bapa mereka sedang bekerja,” ulasnya.

Tambahnya lagi, mangsa mengunci pintu biliknya sendiri kerana dia sepatutnya belajar secara atas talian dan gril tingkap dalam bilik mangsa tidak berkunci semasa kejadian.

“Lebih kurang pukul 6 petang, ibu bapa mangsa pulang ke rumah daripada kerja dan mendapati bilik mangsa berkunci.

“Mereka membuka pintu dengan kunci pendua dan menyedari anak perempuan mereka tiada di dalam bilik dan tingkap serta gril tidak tertutup rapat.

“Mereka bergegas ke bawah dan melihat orang ramai berkumpul mengelilingi anak perempuan mereka yang berbaring tidak bergerak,” ucapnya.

A.Asmadi mendedahkan bahawa siasatan mendapati mangsa mengalami patah kedua pergelangan tangan dan patah kaki kiri.

“Punca kematian akan diketahui sebaik sahaja hasil bedah siasat diketahui yang akan dijalankan selepas keputusan Covid-19 diketahui.

“Siasatan kami sekarang berokus kepada bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku dan tiada kamera litar tertutup (CCTV) di unit apartmen itu,” katanya. – SM

(Visited 177 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button