Nasionalpilihan

Fasa 1 projek internet Tabika KEMAS dijangka bermula hujung tahun ini

Pelaksanaan projek naik taraf capaian internet di premis Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bagi fasa satu dijangka bermula hujung tahun ini.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pihaknya sedang menunggu jumlah peruntukan yang akan diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

“Keperluan untuk menyediakan kemudahan Internet terutama bagi tabika yang terletak di pedalaman merupakan usaha untuk memastikan Pelan Transformasi Digital Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tabika KEMAS berjalan lancar seterusnya menjadi aspirasi kepada pembangunan bakat awal kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis Penutup Ekspo Buku Malaysia dan Anugerah Buku Negara 2022 di Universiti Putra Malaysia (UPM), hari ini.

Menerusi KPLB, sesi libat urus dengan Kementerian Kewangan akan diadakan bulan depan bagi membincangkan mengenai peruntukan dan kaedah pelaksanaan projek berkenaan.

Pada Mei lalu, Mahdzir berkata, KPLB akan menjalin kerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) bagi memastikan capaian Internet di premis Tabika KEMAS di seluruh negara lebih baik.

Beliau juga kata Mahdzir, telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini berhubung projek meningkatkan capaian Internet di 11 ribu premis Tabika KEMAS.

(Visited 200 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button