Politik

Kerjasama dalam politik dan perang asalkan bukan musuh dalam selimut

DALAM perang atau pilihanraya, kita boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja.

Asalkan orang yang ingin bekerjasama dengan kita itu tidak bekerjasama dengan musuh atau lawan kita.

Pihak yang ingin bekerjasama itu perlu buat keputusan sama ada mahu bekerjasama dengan kita atau mahu bekerjasama dengan lawan kita, ia tidak boleh bekerjasama dengan kedua-duanya.

Sebab jika ia mahu bekerjasama dengan kita namun pada masa yang sama ia juga mahu bekerjasama dengan musuh atau lawan kita, apa jaminan yang kita dapat yang ia akan membantu kita dan bukan musuh kita di medan-medan pertempuran di mana kita bertempur dengan musuh kita?

Apa akan jadi jika kita beri laluan kepadanya di beberapa medan pertempuran tetapi ia bantu musuh kita di medan pertempuran yang lain untuk mengalahkan kita?

Dalam sesuatu kerjasama, faktor kepercayaan itu adalah teramat penting; adalah sukar untuk sesiapa mempercayai sesuatu pihak yang bekerjasama dengan musuh atau lawannya, dan tiada siapa yang percaya kepada talam dua muka.

Jika kepercayaan diragui, maka apa-apa kerjasama tidak akan berjaya.

Dan “kerjasama” dengan pihak yang bekerjasama dengan musuh atau dengan pengkhianat kebiasaannya akan membawa mudarat. Tiada siapa yang mahu dikhianati berkali-kali oleh banyak pihak.

Sebab itu dalam perjuangan perlu ada pendirian, tidak boleh jadi seperti lalang, katak, atau penangguk di banyak tasik yang hanya kira untung dan rugi tanpa menghiraukan prinsip persahabatan dan muafakat.

Sahabat yang baik adalah sahabat yang setia bersama kita sewaktu susah dan senang.

Dan yang sama-sama membantu kita melawan musuh dan menentang orang yang mengkhianati kita.

Ruang untuk bekerjasama tidak pernah tertutup, namun jika ikhlas, perlu buat keputusan sama ada mahu bekerjasama dengan kita atau lawan kita, tetapi bukan kedua-duanya. Perlu jujur. – SM

 

(Visited 281 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button