Luar Negara

Lebih 17,000 kes baharu COVID-19 dilaporkan di Eropah dalam tempoh 24 jam: WHO

GENEVA, 21 Mac  — Sebanyak 17,506 kes baharu COVID-19 dilaporkan di Eropah dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan 104,591, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada  Jumaat.

Seramai 4,899 pesakit meninggal dunia setakat 23:59 Khamis (2259 GMT), peningkatan 816 kematian berbanding hari sebelumnya, lapor agensi berita Xinhua.

Negara Eropah paling terjejas – Itali, Sepanyol, Jerman dan Perancis, semuanya mencatatkan kes melebihi 10,000 – lebih 80,000 jangkitan, termasuk 4,566 kematian.

Di luar China, wabak maut itu mengorbankan lebih 6,500 orang, jumlah kes kumulatif melebihi 150,000.

Menurut WHO lagi, lebih 230,000 kes dilaporkan di seluruh dunia, termasuk lebih 9,000 kematian.

Enam negara dan wilayah melaporkan kes pertama manakala 96 negara dan wilayah menyaksikan jangkitan antara komuniti.

Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata wabak COVID-19 setiap hari mencatatkan peningkatan dan semakin tragis.

“Setiap kehilangan nyawa satu tragedi,” kata Tedros sambil menyeru  semua pihak terus menggiatkan usaha dan melakukan segala yang terdaya untuk menamatkan rantaian jangkitan demi menyelamatkan nyawa.

— BERNAMA

(Visited 119 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button