Rencah Hidup

Kerja jantan, kerja betina

TIDAK ada sifat lemah lembut dalam diri seorang wanita itu, tidak mengapa asalkan tutur bahasanya tidak kesat dan menggambarkan kurang ajar seolah-olah tidak pernah dididik sejak dari kecil oleh ibu bapa.

Pengaruh duduk di luar bumi Malaysia dengan kehidupan lampau yang dilalui banyak mempengaruhi sikap kasar, pemarah dan pembengis diri seseorang itu pada hari ini.

Akan tetapi, kata-kata akan berubah menjadi lembut jika mahukan sesuatu atau apa yang dihajat dihati.

Tidak kira bulan Ramadan atau pun tidak, sikap yang buruk yang ada dalam diri seseorang itu tetapi tidak mahu mengakui hakikatnya, tidak pernah berubah.

Mendapat hidayah bukan sahaja tudung atas kepala tetapi sikap, perangai, tutur kata itu itu perlu diambil kira.


Kerja jantan, kerja betina memang kelakar bunyinya tetapi jika itu dibangkitkan, maka eloklah jika menyedari diri itu betina, buatlah kerja-kerja betina selayaknya termasuk masak makan minum, jaga makan pakai. Bukannya berterusan membeli dengan alasan tak reti masak.

Menjalani rencah hidup sebelum sampai masa menghadap Ilahi, kenalah selalu cermin diri. Jangan sedap menunding jari pada orang yang paling hampir dan keluarkan pula kata-kata asyik nak menang sahaja.

Ini bukan soal menang atau kalah. Kalau menjalani kehidupan dengan perangai sebegini, bertukar laki 10 kali pun tak akan mengubah apa-apa.

Begitu juga mengulang sejarah kehidupan lama seolah-olah rekod buruk. Bercerita sejuta kali kehidupan lampau, cara ajar anak belajar, ketika mengandung, beranak dan sebagainya menjadi berita basi. Tetapi itulah pengulangannya sehinggakan mendengarnya sudah tahu jalan ceritanya.

Kalau dikatakan tidak move on, melenting macam nak rak tetapi tidak sedar dengan al kisah ulang-ulang sehinggakan orang yang mendengarnya mahu mencemuh. Eh! Bulan puasa, tak elok mencemuh tetamu bolehlah kalau muntah hijau!

Berkongsi pengalaman lalu dengan orang yang senasib, boleh sahaja tetapi sejuta kali ulang cerita pengalaman lalu, siapa yang nak dengar?

Jadi, eloklah kita semua ambil iktibar, jangan ada pembagian kerja jantan, kerja betina, jangan jadi rekod buruk, buanglah sikap kasar bahasa.

Bercakap dengan nada tutur yang tidak sakitkan lubang telinga, Hey! Bercakap dengan nada yang kuat, budak-budak yang mendengarnya pun bertanya, apakah jadi pekak? – SM

(Visited 33 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button