Nasional

Kereta terjunam ke longkang besar, pelajar jalan kaki 300 meter minta bantuan

SEORANG pelajar lelaki berusia 24 tahun terpaksa berjalan kaki sejauh 300 meter selepas keretanya terjunam ke dalam sebuah longkang besar di Bulatan Subang, Petaling Jaya, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, kejaian berlaku kira-kira pukul 6.36 petang semalam.

“Mangsa memberitahu yang dia telah terlibat dalam kemalangan sebelum keluar sendiri menerusi pintu sebelah kanan kereta jenis Proton Saga.

“Mangsa kemudian telah berjalan kaki untuk mendapatkan bantuan di pos bantuan Malaysia Airline Berhad (MAB) yang terletak kira-kira 300 meter dari tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Gambar laman sosial

Menurutnya, mangsa telah mengalami terseliuh tangan kiri dan dibawa ke Hospital UiTM Sungai Buluh untuk mendapatkan rawatan.

Jelasnya, kenderaan yang dinaiki oleh mangsa juga remuk teruk ekoran kemalangan tersebut.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, seorang pengguna laman sosial yang menggunakan nama Azizi Azizan memberitahu bahawa mangsa ditemukan berjalan dalam keadaan yang penuh lumpur.

Mangsa juga mendakwa yang dia merasakan dirinya seperti telah pengsan selama tiga hari. -SM

(Visited 1,293 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button