Nasional

Kereta terhumban ke Sungai Klang

Sebuah kereta telah terhumban ke dalam sungai selepas terlibat kemalangan berhampiran pusat beli-belah Sogo di Jalan Kuching, Kuala Lumpur pagi tadi.

Komander Operasi Kanan, Mohd. Azizi Abdullah berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.24 pagi tadi.

BACA> Enam lelaki ditahan memandu dalam keadaan mabuk

“Sebanyak 15 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sentul dan bantuan daripada BBP Jalan Hang Tuah telah dikerah ke lokasi kejadian.

terjunam
Proses menaikkan semula kenderaan oleh bomba dengan dibantu DBKL – Ihsan JBPM KL

“Setibanya di lokasi kejadian, kita mendapati sebuah kereta jenis Toyota Corolla telah terbabas dan terjatuh ke dalam sungai,” katanya.

BACA> Susahnya hidup di bumi sendiri…

Menurut Mohd. Azizi, operasi yang turut melibatkan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) itu dilakukan dengan berhati-hati memandangkan arus sungai yang deras ekoran hujan.

terhumban
Keadaan kereta yang terhumban ke dalam Sungai Klang selepas terlibat kemalangan pagi tadi. -Ihsan JBPM KL

Ujarnya, tiada mangsa yang terperangkap di dalam kereta kerana telah dibawa terlebih dahulu ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

“Operasi menaikkan semula kereta itu turut dibantu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan operasi selesai kira-kira pukul 10.47 pagi,” jelasnya. -SM

(Visited 380 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button