Berita

Laporan polis terhadap Dr Sharifah Mazlina

SATU laporan polis telah dibuat oleh seorang pemuda daripada Johor terhadap Dr Sharifah Mazlina dan Aweta yang baru sahaja pulang daripada ekspedisi di Kutub Selatan.

Melalui laporan polis tersebut, pemuda yang dikenali sebagai Shawaluddin tersebut telah mendakwa bahawa misi Sharifah Mazlina dan tiga (3) anggota yang lain menelan belanja dan tajaan dana awam melebihi RM4.3 juta.

Namun begitu, menurut beliau yang merujuk kepada laman web Antartic Logistics & Expeditions, iaitu agensi yang sah dan bertauliah di Kutub Selatan, kos sebenar untuk expedisi dan merentasi Antartika adalah hanya kira-kira USD 65,000 iaitu kira-kira RM270,000 untuk seorang, bagi tempoh 12 hari .

Menurut beliau lagi, jika ditambah ‘disbursement’ sebanyak RM200,000 (latihan, tempat tinggal, kos penerbangan), kos paling maksimum adalah sekitar RM500,000 untuk setiap individu, dan jika melibatkan 4 orang, kos maksimum adalah RM2juta sahaja, dan bukannya RM4.3 juta seperti yang dikutip dan dikumpul daripada tajaan dan dana awam.

Pemuda tersebut juga menyatakan kekhuatiran beliau jika terdapat unsur-unsur penipuan dan penyelewengan dalam ekspedisi ini, lebih-lebih lagi ia melibatkan dana awam, tajaan kementerian dan wang rakyat.

Pemuda tersebut menggesa agar pihak-pihak yang terlibat terutama Sharifah Mazlina dan pihak Aweta bersikap telus menyatakan sekiranya ada dan berapa banyak dana kerajaan dan duit rakyat digunakan untuk menampung ekspedisi dan ‘percutian’ Misi tersebut.

Dalam masa yang sama, beliau juga turut berharap agar pihak berkuasa, menyiasat perkara ini sekiranya wujud penyelewengan yang dilakukan terutamanya yang melibatkan dana awam dan tajaan tersebut.

Pastinya, bukan sahaja pemuda ini, tetapi seluruh rakyat Malaysia juga mahu mengetahui kebenaran dan apakah hasil yang dibawa balik daripada ekspedesi tersebut selepas kos yang begitu besar dikeluarkan.-SM

(Visited 3,684 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button