Kemalangan

Kereta terbalik langgar bangkai tapir 100kg

SEBUAH kereta terbalik di tengah jalan selepas melanggar bangkai tapir di Jalan Kuala Klawang- Simpang Pertang berhampiran Petaseh, pukul 7.50 pagi tadi.

Ketua balai Bomba dan Penyelamat Jelebu, Mohd Fazzil Mohd Yunus berkata, ketera Perodua Axia dipandu lelaki berusia 60 tahun dipercayai dari arah Pertang menuju Klawang.

Pemandu dan dua penumpang wanita berusia 20 tahun mengalami kecederaan.

“Mangsa cedera di muka manakala seorang wanita patah kaki. Tapir yang mati dianggarkan seberat 100 kilogram dan dipercayai dilanggar lori sebelum itu,” katanya.

Bomba yang menerima panggilan pukul 8 pagi bergegas ke lokasi dan mengeluarkan seorang penumpang yang tersepit. -SM

(Visited 304 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button