Kemalangan

Kereta remuk, mangsa tidak cedera langsung

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 25 April – Melihat keadaan kereta Honda City yang terbalik serta remuk sudah membayangkan mangsa
sama ada mungkin meninggal dunia atau mengalami kecederaan parah akibat kemalangan tersebut.

Bagaimanapun, mangsa, Siti Norazela Azlan, 26, tidak mengalami sebarang luka atau kecederaan parah selepas
kereta dipandunya terbalik beberapa kali sebelum terjunam ke sebuah kawasan rendah di jalan Garing-Machap,
Alor Gajah, awal pagi Sabtu lalu.

Siti Norazela Azlan.

Mangsa, Siti Norazela Azlan, 26, berkata, dia melahirkan rasa syukur dirinya tidak tercalar dengan luka
atau berlaku pendarahan akibat kemalangan tersebut.

Menurutnya, dalam kejadian pukul 5.00 pagi itu, dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Selandar selepas
habis berniaga kerepek, air balang, waffle bersama Kelab Rakan Muda Tangga Batu di Bazar Aidilfitri Mega
Klebang dekat sini.

Katanya, sewaktu tiba di tempat kejadian dia tidak ternampak kon yang menutup jalan berlubang menyebabkandia terkejut lalu cuba mengelak hingga menyebabkan keretanya berpusing beberapa kali sebelum terbalik danjatuh di kawasan rendah dekat situ.

Ujarnya, dia sempat menelefon suami, saudara-mara, talian kecemasan 999 dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Jasin meminta bantuan kerana dia tidak dapat keluar dari kereta yang terbalik apabila tersangkut di tempat
duduk.

“Saya tidak ingat berapa kali kereta terbalik dan alhamdulillah saya tidak mengalami sebarang luka atau
kecederaan parah.

“Mujurlah saya memakai tali pinggang keledar jika tidak tak tahulah nasib saya macam mana dalam keadaan
kereta terbalik beberapa kali.

“Ketika itu saya cuma merasa takut berada dalam keadaan gelap dan tidak dapat turun daripada kerusi tempat
duduk untuk meminta tolong. Saya dapat mencapai telefon bimbit lalu menghubungi suami, emak mertua dan
saudara termasuk menghubungi talian 999 juga tidak berangkat,” ujarnya.

Mujurlah katanya, panggilan telefon dijawab oleh saudara sebelah suaminya lalu mereka datang membuka pintu
dan mengeluarkan saya dari tempat duduk dalam kereta terbalik.

Jelasnya, sejurus dibantu suaminya yang membuka pintu kereta dia merasa lega dan cuma trauma berdepan
stiuasi ngeri yang belum pernah dialaminya sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supretendan Arshad Abu ketika dihubungi mengesahkan mengenai
kejadian tersebut.

 

(Visited 213 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button