KemalanganNasional

Kereta dipercayai meletup dipanah petir, seorang maut

Sebuah kereta Proton Iswara meletup dipercayai dipanah petir berhampiran Persimpangan Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan petang tadi.

Dalam kejadian jam 5:38 petang itu, seorang lelaki maut manakala beberapa orang lagi cedera. Letupan itu menyebabkan kereta milik mangsa rentung serta putus dua dan turut memusnahkan lima kenderaan lain serta merosakkan bangunan sekeliling.

Video serta gambar kemalangan tersebut mula tular di media sosial sejak petang tadi.

Seorang pengguna twitter dikenali Zack Rockstar memberitahu yang punca kejadian dipercayai akibat membawa mercun di dalam kereta dan disambar petir.

“Ada yang meninggal dunia dan mayat berterabur hancur. Manakala ada yang tercampak akibat kesan letupan yang kuat,” katanya.


Namun, sehingga kini belum ada pengesahan daripada pihak berkuasa berkenaan punca sebenar kejadian tersebut.

Difahamkan, sepasukan anggota bomba dan penyelamat yang memadam kebakaran kesan letupan tersebut menemui sejumlah serpihan mercun di lokasi berkenaan.

Setakat ini bilangan sebenar mangsa yang telibat masih tidak diketahui lagi. – SM

(Visited 462 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button