Berita

Umrah transgender sah – Mufti

IBADAH umrah yang dilakukan golongan transgender adalah sah jika mematuhi rukunnya.

Demikian kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang menyentuh isu seorang transgender menunaikan umrah.

Beliau dalam satu kenyataannya bagaimanapun berkata, adalah wajib bagi seseorang yang hendak menunaikan umrah kembali kepada jantina asalnya.

“Walaupun umrahnya sah jika mematuhi rukun umrah, perbuatannya tetap haram dan dikira berdosa.

“Malah, dia (transgender) boleh dikenakan dam kerana melanggar wajib Umrah,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan yang dimuatnaik dalam Facebooknya hari ini.

[BACA ARTIKEL] Sajat tunai umrah, netizen persoal beliau berpakaian sebagai wanita — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL]
Status khunsa Nur Sajat tidak disokong dengan bukti – Mujahid

Tambah Zulkifli, terdapat muzakarah kebangsaan pernah membincangkan permasalahan khunsa dan mukhannas (transgender) untuk menunaikan ibadah Haji.

“Muzakarah menyimpulkan pertukaran jantina seperti pembedahan bukan disebabkan keharusan syarak, maka ibadah Umrah dan Haji hendaklah ditunaikan mengikut hukum asal kejadian dirinya.

“Dalam isu ini, Muhammad Sajjad wajib secara syarat sebagaimana termaktub dalam al-Quran dan Hadis beribadah dan berpakaian seperti lelaki,” tegasnya.

Jelasnya lagi, transgender adalah bertentangan dengan syarak, imej Islam perlu dijaga terutama nama baik Malaysia yang dihormati umat seluruh dunia.

“Imej Malaysia sebagai negara yang disegani dari sudut pengurusan haji dan umrah perlulah terus dipelihara.

“Sebarang tindakan yang dilakukan oleh jemaah haji dan umrah, boleh memberi impak kepada hubungan baik dan kerjasama Malaysia – Arab Saudi,” ujarnya.

[BACA ARTIKEL] Polis Arab cari Nur Sajat — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Tindakan Sajat menyebabkan Islam difitnah — Suara Merdeka

Gambar tular

Terdahulu, tular beberapa keping gambar dalam media sosial apabila usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang menggunakan nama Nur Sajat dipercayai transgender menunaikan Umrah dengan berpakaian seperti jemaah perempuan.

Tindakannya terus mencetuskan kemarahan netizen dan dipercayai berisiko menjejaskan peluang rakyat Malaysia untuk menunaikan umrah pada masa hadapan.

Muhammad Sajjad bagaimanapun membidas netizen yang menyelar tindakannya mengenakan pakaian muslimah.

Malah beliau disifatkan sebagai angkuh apabila memuatnaik status berbunyi, “kalau saya mempermainkan agama, Allah sudah bagi bahala (bala) saya dekat sini.” – SM

(Visited 545 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button